Belajar Forex

Halaman ini khas bagi anda yang ingin belajar cara untuk menjadi seorang trader hebat. Dari semasa ke semasa saya akan memberitahu teknik asas seorang trader.

Saturday, October 6, 2007

Basic Forex

Pengenalan FOREX..
-site ini khas bagi anda yang benar-benar '0' dalam dunia perniagaan melalui forex. Di sini saya akan isikan dengan bahan-bahan bacaan asas dan topik yang penting untuk anda sebagai rujukan.

Apa Itu FOREX??
-Forex adalah singkatan nama dari perkataan asalnya iaitu Foreign Exchange(pertukaran matawang). Tentu anda tertanya-tanya bagaimana mahu mendapatkan keuntungan dari Forex bukan?

Untuk pengetahuan anda,perniagaan Forex beroperasi dari hari Isnin-Jumaat setiap minggu. Di bawah saya sediakan jadual Forex berlangsung. Setiap negara mempunyai jenis matawang tersendiri,susut dan pertambahan nilai matawang itu berlaku setiap hari bergantung kepada faktor-faktor tertentu khususnya perjalanan ekonomi sesebuah negara itu. Dengan Forex,kita boleh mendapatkan keuntungan sama ada nilai matawang itu menyusut @ bertambah. Bagaimana? Terlebih dahulu anda perlulah mengetahui istilah-istilah dalam dunia Forex ini.

Istilah Asas

JENIS MATAWANG

Simbol/Keterangan
EUR / USD Euro terhadap US Dollar
GBP / USD Poundsterling terhadap US Dollar
USD / JPY US Dollar terhadap Yen
USD / CHF US Dollar terhadap Franc Swiss
USD / CAD US Dollar terhadap Dollar Kanada
AUD / USD Australia Dollar terhadap US Dollar
NZD / USD New Zealand Dollar terhadap US Dollar

*terdapat banyak lagi pasangan matawang yang anda boleh niagakan dalam dunia Forex,anda akan mengetahuinya sendiri setelah anda membiasakan diri dengan dunia Forex nanti.

PIP
-PIP ada bermakna point. Istilah PIP ini seringkali digunapakai oleh trader semasaberurusniaga.Bagaimana pip atau point ini dikira atau ditentukan.Katakan anda berurusniaga pada matawang GBP/USD pada bukaan harga 1.8750 dan berlaku kenaikan sehingga harga terakhir 1.8755. Ini bermakna pair matawang GBP/USD itu tadi telah naik sebanyak 5 pointsatau 5 pip. Jika harga bukaan 1.8750 dan ia telah meyusut kepada 1.8745 pada harga terakhir,penurunan sebanyak ini dipanggil 5 point atau 5 pip.

LEVERAGE
-Leverage adalah membawa maksud "margin jaminan". Sebagai contoh sekiranya anda mempunyai modal permulaan di dalam pasaran forex atau saham sebanyak 100usd. Maka sekiranya satu leverage dikenakan adalah 1:100 itu bermakna kamu diberi hak oleh
sesuatu platform forex untuk melakukan pembelian 100 x ganda lebih besar dari dana atau modal yang anda miliki. Ini bermakna dengan nilaian modal 100usd anda boleh diberikan dana untuk membeli matawang bernilai 10,000usd. Secara tidak langsung dengan modal pelaburan yang terhad ini anda boleh melalukan transaksi pada volume dagangan yang lebih besar. Setiap platform forex menawarkan leveragenya yang tersendiri. Dalam hal ini leverage yang lebih besar boleh memberikan keuntungan atau kerugian yang lebih besar. Begitu
juga sebaliknya dengan menawarkan leverage yang kecil maka kerugian dan keuntungan adalah pada nilaian yang lebih kecil.


LONG,SHORT@BUY,SELL
-Secara umumnya LONG=BUY manakala SHORT=SELL. Apabila anda ingin melakukan transaksi anda perlulah terlebih dahulu mengetahui sama ada graf matawang berkaitan ke atas atau ke bawah. Apabila anda target graf itu meningkat ke atas,maka anda perlu menetapkan posisi bukaan anda dengan BUY(long position) dan anda perlu SELL untuk menutup bukaan anda tadi dan begitulah sebaliknya.

SPREAD
**akan disambung kemudian jika ada kesempatan. harap maaf..